VIDEO - Raja Bomoh, Puteri Zaleha akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh

Raja Bomoh, Puteri Zaleha akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh

"Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin yang tular dengan video ritual bersama seorang wanita dipercayai bagi menolak musibah bencana banjir Rabu lalu, akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini hari ini."


IPOH – Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin yang tular dengan video ritual bersama seorang wanita dipercayai bagi menolak musibah bencana banjir Rabu lalu, akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini hari ini.

Difahamkan, turut dituduh bersama Ibrahim, seorang wanita dikenali Puteri Zaleha.

Kedua-dua mereka berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mencela dan menghina agama Islam dan Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.

Ibrahim yang memakai sut berwarna hitam dan bersongkok tiba di pekarangan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Perak sekitar pukul 11 pagi.

Ibrahim Selasa lalu tular menerusi video berdurasi 25 minit yang memperlihatkan Raja Bomoh itu melakukan upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam di Dataran JPS, Teluk Intan.

Menerusi rakaman tersebut, Ibrahim mendakwa upacara berkenaan adalah petua zaman dahulu dan meminta semua tempat surut air (tidak banjir) bukan saja di Teluk Intan tetapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu dan seluruh dunia.







Puteri Zaleha pula mendakwa tilikannya menunjukkan Teluk Intan akan ditenggelami banjir dan apa yang dilakukan itu bagi mengelak musibah bencana itu.

Dalam rakaman itu, Ibrahim dan Puteri Zaleha turut berdoa kepada Allah SWT di mana kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan al-Quran. Turut kelihatan bahan seperti beras, kunyit, bunga dan pelbagai jenis daun.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE