Demikian kata pelakon, Shah Iskandar ketika diminta mengulas mengenai dakwaan netizen yang menganggap salah satu adegan dalam drama Love in Lockdown, umpama satu babak 'soft porn'.
Shah ketika dihubungi berkata, sebagai pelakon, dia juga tahu mengenai batasan dalam lakonan.
"Saya faham, persepsi masyarakat kita ada pelbagai. Kadang-kadang, penonton akan cepat tersinggung dengan benda yang melawan hukum hakam.
"Untuk lakonan dalam drama ini, kita menjayakan jalan cerita mengikut skrip yang mana, dijelaskan, sesuatu karakter itu perlu mengikut kisahnya.
"Jadi, kami sekadar menggambarkannya dalam bentuk simbolik dan bukanlah buat betul-betul. Ia menjelaskan kehidupan manusia yang terkesan akibat 'lockdown'," katanya
Jelas Shah lagi, babak itu juga melengkapkan jalan cerita supaya penonton faham perjalanan kisah yang ingin disampaikan.
"Kalau tak ada babak itu, tak ada masalah. Cuma, jalan cerita akan jadi tak lengkap. Kalau kita nak ceritakan apa yang berlaku dalam babak itu, ia takkan jelas buat penonton," katanya.
Dalam babak itu, Shah yang berlakon dengan Siti Saleha sebagai suami isteri berada di dalam kereta dan membetulkan seluar serta pakaian. Ia umpama menunjukkan mereka seperti baru saja selesai mengadakan hubungan intim.
Adegan itu tular di sosial media dan rata-rata netizen mengecam adegan tidak bermoral itu. Menjengah diruangan komen pelbagai respon yang negatif terhadap adegan itu
VIDEO ADEGAN SOFT PORN BOLEH TENGOK DI CHANNEL TELEGRAM DI SINI
" Wah drama melayu sekarang dah ada soft p*rn eh?"
" Nak tiru adegan luar negara tapi lupa yang diorang tu orang Islam!"
@liputan7official