Trending di Twitter hari ini seorang usahawan terkaya dunia Elon Musk membeli laman sosial Twitter sepenuhnya bernilai $43 Billion secara tunai.
CEO Tesla, Elon Musk sangat bersenang hati apabila tawarannya untuk membeli laman sosial Twitter dengan sejumlah nilai tersebut diterima.
Elon menegaskan bahawa pembelian laman sosial Twitter tidak akan dicampur aduk dengan urusan perniagaan Tesla. Beliau mahu menambahbaikkan beberapa fungsi di Twitter untuk kesejahteraan pengguna selain mahu memerangi habis-habisan akaun palsu serta 'bot' diruangan komen yang menjengkelkan.
Selain itu satu penambahbaikkan yang akan dilakukan adalah dengan menambah fungsi matawang kripto Doge sebagai urusan transaksi di dalam Twitter seperti 'tip' selain daripada penggunaan matawang kripto Bitcoin dan Ethereum.
Elon Musk pasti melakukan lebih banyak pembaharuan dan perubahan terhadap laman sosial Twitter selepas ini untuk menaikkan keuntungan dalam pelaburannya.
@liputan7official