Isteri cekik suami sampai mati


Dipaksa Hubungan Intim, Isteri Cekik Suami Sampai Mati


"Katanya, berdasarkan keterangan suspek, mangsa yang bekerja sebagai buruh itu memaksa berhubungan intim selain turut memukul muka dan menggigit jari suspek."



Akibat tertekan dipaksa melakukan hubungan intim, seorang wanita di Banten, Indonesia mencekik suaminya sampai mati.


Ketua Polis Kota Serang, Maruli Ahiles Hutapea berkata, insiden berlaku Selasa lalu berpunca daripada suspek menolak ajakan mangsa untuk berhubungan intim.


Katanya, suspek mengajak mangsa meminta pandangan seorang tokoh agama terlebih dulu bagi mengetahui status hubungan mereka selepas lapan tahun terpisah.


Ia kerana suaminya sebelum ini bekerja di luar negeri namun hanya wanita itu menanggung nafkah keluarga itu selama ini.


Namun, mangsa yang sudah dua bulan kembali ke rumah enggan menuruti permintaan isterinya itu.


“Mangsa dan suspek terpisah lapan tahun kerana suami bekerja di luar negeri hingga mereka terputus hubungan.


“Namun, sejak dia pulang ke rumah dua bulan lalu banyak pergaduhan berlaku di rumah itu,” katanya


Katanya, berdasarkan keterangan suspek, mangsa yang bekerja sebagai buruh itu memaksa berhubungan intim selain turut memukul muka dan menggigit jari suspek.


“Suspek berusaha melarikan diri dan ketika itulah dia mencekik leher mangsa sampai tidak berdaya,” katanya.


Sementara itu, suspek mengaku membunuh suaminya demi mempertahankan dirinya yang dianiaya mangsa.


Sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara 15 tahun di bawah akta keganasan rumah tangga


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE