Majikan ajak buat seks, pekerja difitnah mencuri dan diberhentikan kerja


Tolak pelawaan majikan ajak buat seks, pekerja difitnah mencuri dan diberhentikan kerja


“Waktu tu Mimi tengah kerja lepastu tiba-tiba dia (bos) datang cakap… Mimi you mau kita hidup mau enjoy ma, nanti you tahu esok you mati you tak dapat enjoy tak dapat main ma."


Tidak dinafikan banyak kes gangguan seksual berlaku terhadap wanita sama ada di rumah, pusat pengajian mahupun tempat kerja.


Lebih membimbangkan, perkara itu dilakukan oleh individu yang dikenali mereka dan ianya tidak disangka.


Seperti yang dilalui oleh seorang gadis ini yang berdepan detik menakutkan apabila menjadi mangsa gangguan seksual bekas majikannya.


Memetik mStar Online, gadis bernama Nursyahmimi Aina Mohd Radzi itu mendedahkan bekas majikannya tiada rasa malu menunjukkan kemaluan serta mengajaknya untuk melakukan hubungan seks ditempat kerja.


Menceritakan detik hitam tersebut, gadis itu menceritakan bekas majikannya dengan selamba membuka seluar serta melakukan perkara tidak senonoh di bahagian belakang stor.


“Waktu tu Mimi tengah kerja lepastu tiba-tiba dia (bos) datang cakap… Mimi you mau kita hidup mau enjoy ma, nanti you tahu esok you mati you tak dapat enjoy tak dapat main ma.


“Kawan saya yang pernah kerja di situ pun pernah kena juga… Tapi dia kerja empat hari sahaja, sebab hari pertama pun dah kena,” katanya.


Difahamkan, Syahmimi bekerja di sebuah kedai alat ganti motor dan selepas 8 bulan menjaga kaunter di kedai berkenaan dia membuat keputusan untuk berhenti kerja.


Kata gadis berusia 21 tahun itu lagi, dia tidak mahu memanjangkan cerita serta mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri selepas berhenti kerja.


Namun, Syahmimi berkata dia nekad mendedahkan perkara itu selepas dituduh mencuri oleh bekas majikannya itu untuk menutup kesalahan kerana gadis berkenaan mahu membuat laporan.


Tidak hanya setakat itu, bekas majikannya terlebih dahulu membuat laporan polis mendakwanya terlah memalukannya dengan menuduhnya melakukan gangguan seksual.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE