Pasangan kekasih larikan gelang tangan emas dicekup polis
"Polis berjaya memberkas pasangan kekasih yang dipercayai terlibat dalam kejadian melarikan seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram dalam dari salah sebuah kedai emas"
KUALA PILAH: Polis berjaya memberkas pasangan kekasih yang dipercayai terlibat dalam kejadian melarikan seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram dalam dari salah sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, kedua-dua suspek berusia antara 21 dan 24 tahun itu ditangkap oleh anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di Pudu, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 malam tadi.
Menurutnya, turut dirampas dalam serbuan serta tangkapan tersebut adalah sebuah motosikal jenis Yamaha NVX, beberapa helai pakaian yang dipercayai digunakan pada hari kejadian, resit pajak gadai, sejumlah wang tunai dan tiga buah telefon bimbit.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
“Tangkapan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, pagi ini bagi mendapat perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya dalam hari ini.
Sabtu lalu, media melaporkan polis memburu seorang wanita yang dipercayai telah melarikan seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram dengan kerugian dianggarkan RM10,000 dalam kejadian di salah sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah.
Suspek telah dibantu oleh seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX berwarna merah, tanpa nombor pendaftaran.
@liputan7official