Pelajar tingkatan lima antara suspek sindiket penipuan lesen memandu


Pelajar tingkatan lima antara suspek sindiket penipuan lesen memandu


"Bagaimanapun, setelah bayaran dibuat suspek masih meminta bayaran tambahan daripada mangsa dengan pelbagai alasan. Curiga dengan tindakan suspek, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis," katanya 


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tingkatan lima antara dua individu diberkas dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan lesen memandu dalam talian menerusi serbuan di sebuah rumah di Durian Tunggal, pada Sabtu.


Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Superintenden Mohamad Musa Marsidi berkata, pihaknya sebelum ini menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa mengalami kerugian RM490 apabila mahu mendapatkan lesen memandu dengan cara mudah tanpa melalui proses Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Selasa lalu.



"Mangsa sebelum itu telah melayari iklan di laman sosial Facebook yang menawarkan perkhidmatan membuat lesen memandu tanpa melalui proses yang sah.


"Mangsa kemudian menghubungi nombor tertera melalui aplikasi WhatsApp dan dalam urusan tersebut, mangsa dijanjikan lesen memandu dengan bayaran RM490.


"Bagaimanapun, setelah bayaran dibuat suspek masih meminta bayaran tambahan daripada mangsa dengan pelbagai alasan. Curiga dengan tindakan suspek, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Katanya, berdasarkan maklumat diterima, sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, IPK Kuala Lumpur serta Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras Kuala Lumpur membuat serbuan di sebuah rumah sekitar Durian Tunggal, Melaka pada Sabtu.


"Serbuan yang dijalankan kira-kira jam 10.05 malam itu berjaya memberkas dua lelaki warga tempatan berumur 17 dan 22 tahun dipercayai terlibat dalam penipuan tersebut.


"Turut dirampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses lesen palsu tersebut," katanya.


Menurutnya, kedua suspek direman tiga hari untuk siasatan lanjut.


"Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE