Rider tunggu lebih 1 jam untuk hantar pesanan makanan, customer 'selamber' whatsapp cancel order
"Dari jam 7.40 hingga jam 8.30 dia tunggu dan tel cust yang order makanan tapi cust tak angkat tel. Tiba2 dapat wssap cust batalkn order. Adik ini belum buka puasa lagi. Berlinang air mata dia. Kesian dia nak cari duit lebih untuk tampung perbelanjaan kolejnya."
Tular satu foto seorang rider muda (penghantar makanan) di sosial media yang difahamkan menunggu dan cuba telefon pelanggan yang order makanan lebih dari 1 jam sebelum menerima pesanan whatsapp daripada pelanggan tersebut untuk batalkan pesanan.
Pelanggan yang tidak berhati perut itu dikecam netizen kerana kasihan melihat adik rider ini yang belum sempat buka puasa demi mendapatkan kontak dengan pelanggan tersebut untuk menghantar pesanan sambil menitiskan air mata.
Posting yang dikongsikan oleh seorang pengguna akaun facebook Siti Raudzah mendapat perkongsian yang hangat dalam kalangan warganet yang bersimpati dengan nasib adik itu yang difahamkan sedang mengumpul wang untuk menampung kos pembelajarannya selain kumpul duit untuk pulang ke Puchong.
"Harap sesiapa yg order makanan tolonglah kesian dengan adik ni.
"Dari jam 7.40 hingga jam 8.30 dia tunggu dan tel cust yang order makanan tapi cust tak angkat tel. Tiba2 dapat wssap cust batalkn order.
"Adik ini belum buka puasa lagi. Berlinang air mata dia. Kesian dia nak cari duit lebih untuk tampung perbelanjaan kolejnya. Nak balik ke Puchong pulak.
"Cuba bayangkan kalau dia adik atau anak kita sendiri mesti kita sedih bila orang buat mcm ni.
Dan kalau order barang tolonglah guna alamat yang lengkap. Jangan guna alamat orang lain . Harap sesiapa yg order ini terbaca dan berfikir perasaan adik ini. Salam Ramadan."
Kredit : Siti Raudzah
@liputan7official