Sempat jamah biskut selepas curi duit surau


Sempat jamah biskut selepas curi duit surau RM 100


"Saya dapati terdapat sisa biskut yang ditinggalkan dan setelah ke ruang muslimah saya dapati pencuri memecahkan kunci peti tabung derma," katanya


SUNGAI BESAR - Penjenayah yang memecah masuk Surau Ad Diniah Jalan Abu Samah di sini bukan sahaja mencuri wang RM100, sebaliknya sempat menjamu selera di dalam surau sebelum bertindak melarikan diri.


Timbalan Pengerusi Surau Ad Diniah Jalan Abu Samah Sungai Besar, Dr Halim Arifin berkata, kejadian disedarinya pada jam 5.40 pagi Khamis semasa ke surau itu untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.


Menurutnya, sebaik memasuki surau itu, dia terkejut selepas mendapati biskut bersepah di atas lantai manakala penyaman udara dibiarkan terbuka di ruang rehat surau.


"Saya dapati terdapat sisa biskut yang ditinggalkan dan setelah ke ruang muslimah saya dapati pencuri memecahkan kunci peti tabung derma," katanya


Bagaimanapun Halim berkata, dua peti tabung dipecah itu tidak mempunyai wang hingga menyebabkan beberapa barangan di dalam surau digeledah pencuri.


"Saya kemudian memeriksa almari bendahari di bilik mesyuarat dan terkejut apabila wang RM100 dilesapkan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.


Katanya, pencuri juga licik kerana melarikan kotak perakam selain membuka tingkap surau bagi memudahkannya melarikan diri sekiranya kegiatannya itu dihidu pihak lain.


Ujarnya lagi, kejadian itu kali kedua berlaku dalam tempoh dua tahun selepas surau itu mengalami kerugian RM5,000 setelah dipecah masuk penjenayah.


"Kami harap perkara ini tidak berulang terutama di bulan Ramadan mulia ini dan bagi mengelakkan kejadian daripada terus berulang kami telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besar kira-kira jam 9.30 pagi Khamis," katanya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE