Seorang wanita ditahan selepas kejadian membakar sebuah kereta milik bekas teman lelakinya dipercayai kerana cemburu.
Kelly Hayes berusia 20-an melakukan perbuatan tersebut kerana terlalu sakit hati terhadap bekas teman lelakinya yang meninggalkannya dan mahu berkahwin dengan wanita lain.
Walaubagaimanapun, wanita tersebut hampir terbunuh ketika menuangkan cecair mudah terbakar ke dalam kenderaan mangsa sebelum menyalakan api yang sempat menyambar ke arah mukanya.
Perbuatan tersebut dirakam oleh salah seorang penduduk di sekitar itu sebelum di serahkan kepada pihak polis. Wanita itu ditahan oleh pihak polis susulan rakaman video tersebut atas kesalahan perbuatan khianat kepada harta benda orang.
@liputan7official