Atok 65 tahun nikahi gadis 19 tahun, akui cinta bukan kerana wang


Atok 65 tahun nikahi gadis 19 tahun, akui cinta bukan kerana wang

"Saya menyiapkan wang sejumlah Rp700Juta( RM 200k++) beserta rumah, kereta dan barangan kemas sebagai mahar buatnya"

Tular di sosial media baru-baru ini tentang berita seorang lelaki wargaemas berjaya mengahwini seorang gadis cantik berusia 19 tahun dengan mahar lebih 700 Juta Rupiah( RM 200k ++).

Pengantin lelaki bernama H Sondani itu akui sangat bahagia apabila beliau berjaya menikahi gadis secantik itu bernama Fia Barlanti yang kedua-duanya berasal dari Cirebon, Jawa Barat. Pernikahan itu berlanhsung pada 18 Mei 2022 yang lalu.

Menurut H Sondani, beliau didatangi oleh kedua ibubapa gadis itu dan menawarkan untuk dijodohkan anak mereka bersama beliau kerana kasihankan beliau yang sering ulang-alik ke luar kota supaya selepas nikah lelaki itu tidak perlu lagi berbuat demikian katanya.

Pengantin lelaki yang merupakan saudagar ternakan lembu dan mempunyai banyak hartanah itu akui terpaku saat melihat kecantikan gadis tersebut dan terus menyatakan hasratnya untuk menyuntingnya. 

"Saya menyatakan hasrat untuk menyunting gadis itu dan mendapatkan jawapannya pada waktu petang. Saya juga sudah bersedia sekiranga lamaran saya ditolak namun sebaliknya diterima oleh gadis itu dengan rela hati"





"Saya menyiapkan wang sejumlah Rp700Juta( RM 200k++) beserta rumah, kereta dan barangan kemas sebagai mahar buatnya"

H Sondani yang mempunyai 5 anak hasil daripada pernikahan sebelumnya terlalu gembira dengan pernikahan itu dan membawa ke semua keluarganya pergi bercuti.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE