Pemandu bas cabul penumpang wanita direman
"Pemandu sebuah bas ekspres yang disyaki mencabul seorang penumpang wanita berusia 21 tahun yang sedang tidur ketika bas berkenaan"
KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu bas ekspres direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes mencabul penumpang wanita pada Ahad.
Perintah reman bermula Isnin itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Hairul Azhar Mohamad mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan pemandu sebuah bas ekspres yang disyaki mencabul seorang penumpang wanita berusia 21 tahun yang sedang tidur ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka.
Mangsa yang juga penuntut maktab perguruan mendakwa diraba oleh suspek semasa bas ekspres itu berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira pukul 4 pagi.
Lelaki berusia 27 tahun itu diberkas sebaik sahaja bas ekspres dari Kelantan tiba di Terminal Melaka Sentral di Melaka kira-kira pukul 10.30 pagi, Ahad
@liputan7official