VIDEO - Berang disaman, penganggur serang polis trafik


Berang disaman, penganggur serang polis trafik

"Suspek cuba menyerang anggota polis dan berlaku pergelutan kecil yang mana suspek turut menendang peha salah seorang anggota polis trafik yang bertugas.


Kota Belud: Berang disaman, seorang penganggur mengugut dan menyerang anggota polis trafik di Pekan Kota Belud di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahruddin Mat Husain berkata, kejadian berlaku pada jam 10.55 pagi ketika anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud menjalankan Op Selamat dan Op Lancar.

Katanya, suspek berusia 22 tahun itu didapati gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) selain tamat perlindungan insuran dan cukai jalan.

"Semasa saman dikeluarkan, suspek bertindak merakam menggunakan telefon dan polis menegur perbuatan dia.

"Namun suspek mulai berang dan mengeluarkan kata-kata mahu membunuh anggota polis yang bertugas," katanya.

Menurutnya, polis cuba menenangkan suspek namun lelaki itu bertindak membuka but keretanya dan mengeluarkan sebatang paip besi.

"Suspek cuba menyerang anggota polis dan berlaku pergelutan kecil yang mana suspek turut menendang peha salah seorang anggota polis trafik yang bertugas.




"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan," ujarnya.

Shahruddin berkata, suspek direman bermula hari ini untuk tindakan lanjut.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE