VIDEO - Doktor hilang 20 hari akhirnya ditemui bersama teman wanita di sebuah bilik

Doktor Faisal yang hilang secara misteri selama 20 hari ditemui bersama teman wanita di sebuah bilik motel

"Keluarga menyangka Doktor Faisal diculik/disorok makhluk halus kerana hilang secara misteri selama 20 hari selepas memberi bantuan kepada mangsa banjir"

Heboh di media hari ini berkenaan berita seorang doktor yang hilang selama 20 hari akhirnya ditemui.

Di sangka diculik makhluk halus, rupa-rupanya Doktor Faisal Kanang (42 tahun) yang bertugas di RSUD Mokopido, Kabupaten Tolitoli, Sulawesi Tengah ditemui di sebuah bilik rumah tumpangan bersama teman wanitanya bernama Husniati Subaer.

Menurut Doktor Faisal, beliau hanya menumpang disitu untuk sehari sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke Gorontalo untuk menghantar seseorang ke Makassar.

Terdahulu Doktor Faisal dilaporkan hilang setelah memberi bantuan kepada mangsa banjir. 

Motor serta barangan peribadi Doktor Faisal turut ditemui di tepi jalan sebelum beliau dilaporkan hilang secara misteri. 

Sejak kehilangan Doktor Faisal, keluarga menyangka beliau diculik/disorok 'makhluk halus' kerana motor dan barangan peribadi beliau dijumpai di tepi jalan.




Motif kejadian masih dalam siasatan polis



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE