VIDEO - Suspek larikan kanak-kanak ada masalah mental, positif dadah

Suspek larikan kanak-kanak ada masalah mental, positif dadah

"Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila dia menjadi mangsa culik seorang lelaki yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah mental"

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila dia menjadi mangsa culik seorang lelaki yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah mental dalam kejadian di Taman Scientex, Pasir Gudang di sini pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dikatakan berjalan seorang diri pulang dari kelas agama untuk pulang ke rumah keluarganya.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa didatangi seorang lelaki berusia 20 tahun mempelawa untuk membawanya pulang dengan menaiki motosikal jenis Honda Dash.


“Mangsa enggan menaiki motosikal sebelum suspek memegangnya untuk dibawa lari namun kejadian itu disedari beberapa orang awam yang melalui kawasan itu.

“Suspek juga bertindak agresif sebelum orang ramai membantu menahan suspek sebelum diserahkan kepada polis,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, siasatan awal mendapati suspek merupakan pemegang kad OKU masalah mental.

Selain itu katanya, suspek positif dadah jenis methamphetamin serta dikehendaki polis berkaitan kes penyalahgunaan dadag mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.




Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular beberapa klip video menunjukkan seorang lelaki memegang dan melarikan seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian sekolah agama.

Beberapa orang awam yang melalui kawasan itu bertanyakan kepada suspek namun suspek bertindak agresif sebelum dia ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE