Cemas anak dilarikan bersama kereta


Cemas anak dilarikan bersama kereta

Gara-gara meninggalkan anak dalam kereta, seorang wanita mengalami detik mencemaskan apabila anak lelakinya berusia sembilan tahun dilarikan bersama keretanya di Felda Lepar Hilir Satu di sini hari ini.

KUANTAN – Gara-gara meninggalkan anak dalam kereta, seorang wanita mengalami detik mencemaskan apabila anak lelakinya berusia sembilan tahun dilarikan bersama keretanya di Felda Lepar Hilir Satu di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian berkenaan, wanita berusia 34 tahun itu meninggalkan anak lelakinya dalam kenderaan jenis Perodua Alza yang masih belum dimatikan enjin sebelum memasuki rumah jirannya kira-kira lima minit.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, suspek yang mendapati kenderaannya hilang apabila keluar daripada rumah rakannya telah dibantu seorang saksi untuk mengejar suspek menaiki kenderaan lain.

“Semasa mengejar suspek pengadu melihat suspek memberhentikan kereta dan anak pengadu keluar dari kereta dan suspek terus melarikan kereta pengadu.

“Pengadu terus mengejar anaknya dan semasa tiba di kawasan Maran suspek berjaya ditahan oleh peronda polis dan dibawa ke Balai Polis Maran,” katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd Zahari, suspek yang berumur 35 tahun ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE