Anak hidap penyakit paru-paru kronik,eczema dan masalah jantung, ibu tunggal perlukan bantuan untuk tampung kos rawatan anaknya berusia 10 bulan
"Berat dugaan buat ibu tunggal ini selain daripada mencari nafkah untuk menyara kedua anaknya, beliau juga terpaksa mencari rezki tambahan untuk menampung kos rawatan anak keduanya Muhammad Adam Athif yang berusia 10 bulan yang mengidap penyakit paru-paru kronik, eczema dan ada masalah jantung. Adik Athif ini lahir pramatang(29 minggu) dengan berat 900 gram."
Temerloh,Pahang - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah yang dilalui oleh seorang ibu tunggal Siti Nur Amelia(40) yang berniaga secara kecil-kecilan dari rumah demi menyara dua anaknya yang berusia 16 tahun dan 10 bulan.
Namun berat dugaan buat ibu tunggal ini selain daripada mencari nafkah untuk menyara kedua anaknya, beliau juga terpaksa mencari rezki tambahan untuk menampung kos rawatan anak keduanya Muhammad Adam Athif yang berusia 10 bulan yang mengidap penyakit paru-paru kronik, eczema dan ada masalah jantung. Adik Athif ini lahir pramatang(29 minggu) dengan berat 900 gram.
Selain sibuk melakukan pekerjaannya untuk mencari nafkah, Siti terpaksa berulang alik ke hospital untuk memantau tahap kesihatan anaknya sememangnya memberikan dugaan dan cabaran buat ibu tunggal ini.
Difahamkan Siti tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya memfokuskan kepada perniagaan biskut dan brownis sahaja di rumah supaya beliau dapat menjaga dan merawat anaknya yang sedang sakit disamping berusaha mencari wang untuk menyara keluarga dan mencari dana untuk menampung kos rawatan anaknya.
"Membeli sambil membantu baby Aathif 🥰 promosi biskut utk Raya haji.cod sekitar Bandar temerloh Dan mentakab seminggu sblm raya.yang jauh mama POS ye.
"Semoga Kita semua dipermudahkn Segala urusan Dan rezeki Dr Allah s.w.t.amin ya mujib.doakan baby Muhammad Adam Aathif Di beri kesembuhan.baby Aathif sekarang kene eczema Pula.
-nutella tart rm15
-triple coklat Cadbury rm16
-tart cheese Cadbury rm16
-choc chip almond rm13
-mazola rm10
Tart nenas RM10
Semprit klasik rm10
Biskut ade 20-25 pcs."
Orang ramai yang ingin membantu keluarga Siti, bolehlah menyokong perniagaan beliau dengan membeli biskut dan brownis(Klik saja gambar-gambar biskut tu nanti boleh direct dengan whatsapp dengan beliau untuk urusan pembelian) atau boleh salurkan sumbangan dana ikhlas untuk menampung kos rawatan anaknya terus ke akaun bank beliau 06055020185052 (Bank Islam)
@liputan7official