"Setelah suaminya pulang, mangsa mendesak suaminya untuk berterus terang dan akhirnya suaminya mengaku bahawa dia mempunyai kekasih lelaki dan sudah tidak ada nafsu terhadap istrinya. "
Wanita berusia 31 tahun maut kerana bunuh diri setelah mengetahui bahawa suaminya itu adalah gay setelah 5 bulan menikah.
Mangsa merupakan seorang doktor dan anak tunggal dalam keluarganya. Pada awalnya mereka saling mencintai antara satu sama lain sehingga satu malam suaminya meminta untuk tidur berasingan.
Mangsa menjadi bingung setelah diminta untuk tidur secara berasingan dan cuba mendapatkan penjelasan daripada suaminya namun dihindarkan setiap kali ditanya.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila suaminya tidak pulang ke rumah dalam beberapa hari tanpa sebarang perkhabaran. Si istri yang susah hati menanyakan hal tersebut kepada grup sosial dan majoriti memberitahu bahawa kemungkinan suaminya itu adalah gay atau homoseksual berdasarkan perubahan tingkah lakunya.
Setelah suaminya pulang, mangsa mendesak suaminya untuk berterus terang dan akhirnya suaminya mengaku bahawa dia mempunyai kekasih lelaki dan sudah tidak ada nafsu terhadap istrinya.
Hancur mendengar ucapan itu, istrinya segera memeriksa smartphone suaminya dan mangsa mendapati banyak teks dan gambar lucah sesama jenis antara suaminya dengan seorang lelaki lain.
Mangsa yang sudah patah hati meminta untuk bercerai cara baik dan suaminya bersetuju. Namun,tak sempat proses perceraian berlaku, wanita itu membunuh diri dengan cara terjun dari bangunan dipercayai akibat terlalu tertekan.
Keluarga mangsa membuat laporan polis dan akan mendakwa lelaki itu kerana telah menipu anak mereka.- Agensi
@liputan7official