Penduduk bakar pencuri motor hidup-hidup



Penduduk bakar pencuri motor hidup-hidup


Penduduk yang marah telah membakar pencuri hidup-hidup di sepanjang jalan Politeknik Ibadan, kawasan Sango di Ibadan, negeri Oyo


Menurut saksi yang menghubungi wartawan mendedahkan kepada GISTSMATE Media bahawa beberapa penduduk telah menangkap seorang lelaki yang mencuri sebuah motor di kawasan Sango,Ibadan sebelum membelasah pencuri tersebut sehingga lunyai. Mangsa yang kelihatan sudah tidak berdaya dikumpulkan bersama beberapa tayar sebelum dibakar hidup-hidup. 


Walaupun sudah dihalang oleh beberapa individu supaya lelaki tersebut tidak dibakar dan diserahkan kepada pihak polis, namun penduduk tetap berkeras untuk menjatuhkan hukum sendiri dengan membakar mangsa bersama beberapa tayar yang dikumpulkan disampingnya setelah parah dibelasah penduduk. 



Saksi kejadian segera menghubungi pihak polis kerana keadaan sudah terlalu tidak terkawal. Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mangsa sudah kelihatan rentung secara keseluruhan. Pihak polis sedang menyiasat dan mencari pelaku yang membakar mangsa hingga maut. 


Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE