Tentera Laut Amerika dipaksa makan buah Durian sebagai latihan


Tentera Laut Amerika dipaksa makan buah durian, cempedak sebagai cabaran dalam latihan kelangsungan hidup di hutan tropika

"Ada diantara mereka yang termuntah selepas memakan buah durian kerana tidak tahan dengan baunya"

Beberapa gambar latihan tentera laut Amerika Syarikat yang dilakukan di hutan Singapura memaparkan kesemua anggota dipaksa makan makanan tropika seperti durian,cempedak tular di sosial media.


Latihan itu dijalankan untuk mengajar cara menguruskan kelangsungan hidup di dalam hutan tropika yang dikendalikan oleh tentera darat Singapura. Mereka diajar cara menghidupkan api menggunakan kaedah tradisional, membina kemah dan penyediaan makanan. 


Selain daripada cabaran latihan fizikal, tentera laut Amerika juga diuji ketahanan mental mereka dengan dipaksa memakan durian dan cempedak sebagai salah satu cabaran dalam latihan kelangsungan hidup dalam hutan tropika. 





Ada di antara mereka yang termuntah selepas memakan buah durian kerana tidak tahan dengan baunya yang dikatakan tidak enak. 




Difahamkan tentera laut Amerika menjalani latihan di hutan SIngapura kerana mahu anggota mereka cekal dan boleh bertahan hidup jika ada misi yang berlokasi di sekitar hutan tropika.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE