Ustaz Kazim Elias Luah Rasa Perit, “Lama Dah Tak Bermimpi, Tak Tidur Lena…”
Difahamkan, terdapat seorang individu yang didakwa bergelar VIP telah memberikan sumbangan berupa satu bon bernilai 1 juta Euro (RM4.7 juta) kepadanya
Seperti sedia maklum, isu seorang penceramah bebas yang mengatakan dirinya telah disihir, Datuk Mohd. Kazim Elias masih hangat dibualkan, malah sebelum ini terdapat enam individu tampil memohon maaf dan mengaku sebagai si pelaku.
Terdahulu, menerusi laman Facebooknya miliknya, beliau turut meluahkan rasa kesal dengan beberapa individu yang dipercayai dari kalangan VIP yang mengambil kesempatan terhadap orang yang sedang ditimpa musibah sepertinya.
Difahamkan, terdapat seorang individu yang didakwa bergelar VIP telah memberikan sumbangan berupa satu bon bernilai 1 juta Euro (RM4.7 juta) kepadanya pada 4 Jun yang lalu.
Terbaharu, juga menerusi laman Facebook, beliau sekali lagi meluahkan keluh-kesah mengenai penyakitnya yang masih belum sembuh dan jumpa penawar untuk sakit yang dia hidapi.
Menerusi penulisan beliau di laman Facebook tersebut, Ustaz Kazim menyatakan bahawa dia sudah lama tidak bermimpi serta menikmati ‘lena’, bermakna beliau sudah lama tidak mendapatkan tidur yang ‘baik’.
Berikut kami sertakan penulisan penuh keluh-kesah Uztaz Kazim mengenai penyakitnya yang seperti tidak berpenghujung. Semoga beliau segera diberikan kesembuhan dan mampu untuk menjalani kehidupan seperti sedia kala serta dapat terus berdakwah.
Lama dah tidak bermimpi
Lama juga tidak menikmati lena
Kesakitan kepedihan miang
Tidak pernah berpisah
Mungkin ini akan dirasai sampai akhirnya
Yang tidak merasai akan mempertikai
Ku cuma berdoa agar mereka tidak mendapatnya
Hanya sabar dan redha mengubat jiwa
Pagi nanti ada kerja dakwah untukku
Dakwah itu memyegarkan
Walau mulut pembenci mengiringinya
Biarkan kerana mereka tidak mengetahui, tidak merasa
Semoga dosaku terhapus dengan ujian kecil ini
@liputan7official