VIDEO - Kanak-kanak 4 tahun lemas dalam kolam renang apartmen diselamatkan jiran

Kanak-kanak 4 tahun lemas dalam kolam renang apartmen diselamatkan jiran

"Saya tak sangka yang kursus CPR yang saya belajar 15 tahun lalu dapat menyelamatkan nyawa kanak-kanak ini" - Jiran


Menerusi rakaman CCTV memaparkan Seorang kanak-kanak lelaki bernama Xavier Rigney berusia 4 tahun bertindak berlari dan terjun ke dalam kolam renang di apartmen kediamannya sebelum lemas.

Ketika kejadian, Xavier membuka pintu apartmen secara perlahan-lahan tanpa disedari ibunya sebelum membuka pintu pagar dan terjun ke dalam kolam. 

Detik cemas itu disaksikan oleh jirannya Maddox Westerhouse yang berusia 12 tahun sebelum memaklumkan kepada bapanya. Bapa Maddox yang bernama Tom, segera bergegas ke tempat kejadian sebelum terjun dan menyelamatkan Xavier. 

Tom memberikan bantuan CPR kepada Xavier setelah kelihatan dalam keadaan lemah. Dengan bantuan itu, nyawa Xavier dapat diselamatkan. 

Ibu Xavier memberitahu bahawa anaknya seorang autisma dan dia gemar berenang. Namun pada hari kejadian, ibunya tidak sedar bahawa Xavier telah keluar rumah secara diam-diam.

Seluruh warga setempat mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tom atas tindakkan pantasnya menyelamatkan Xavier dan Tom turut mendapat penganugerahan oleh pihak bomba sebagai 'Hero'. 

Tom tidak menyangka bahawa kursus CPR yang dipelajarinya 15 tahun lalu berguna pada hari ini.





"Saya tak sangka yang kursus CPR yang saya belajar 15 tahun lalu dapat menyelamatkan nyawa kanak-kanak ini" - Jiran





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE