VIDEO - Pembantu rumah dipecat bagi anak majikan berusia 1 tahun makan tahi hidungnya

Pembantu rumah dipecat bagi anak majikan berusia 1 tahun makan tahi hidungnya

"Pembantu rumah merayu supaya tidak dilaporkan kepada polis dan tidak dibuang kerja kerana mempunyai tanggungan dan anak masih kecil"

Seorang pembantu rumah terima padah apabila majikannya berjaya merakam tindakan jijiknya menggunakan kamera tertutup yang disembunyikan di pasu bunga.

Menerusi rakaman tersebut dilihat seorang kanak-kanak berusia 1 tahun iaitu anak majikan sedang bermain-main di ruang tamu sambil diawasi pembantu rumah yang ketika itu sedang mengorek hidung.

Pembantu rumah melakukan hal yang menjijikan apabila anak majikan menghampirinya sebelum dimasukkan tahi hidung yang dikoreknya ke dalam mulut kanak-kanak tersebut dan menyuruhnya makan.

Majikan yang berang setelah mendapat tahu hal tersebut segera melaporkan kepada pihak polis beserta bukti rakaman video serta dipecat pada hari yang sama. 




Pembantu rumah menangis dan merayu agar tidak dilaporkan kepada pihak polis dan meminta maaf atas perbuatannya namun nasi sudah menjadi bubur, dia akan didakwa atas kesalahan menganaiya kanak-kanak.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE