"Dah macam spiderman dah dia tunggu situ, kena tengok video slowmotion baru nampak"
Tular satu video di sosial media memaparkan dua orang penumpang kereta api sedang merakam pemandangan di luar kereta api sebelum disamun oleh seorang penyamun yang panjat jambatan.
Kedua lelaki tersebut kelihatan seperti bingung setelah telefon mereka tiba-tiba hilang dalam kelajuan yang pantas.
Kedua mereka segera menyemak rakaman kamera seorang penumpang yang ketika itu sedang merakam pemandangan di luar kereta api.
Apabila video itu diperlahankan mereka dapati ada seorang sosok manusia yang sedang menunggu di jambatan tersebut sebelum merampas telefon mereka.
Sangat sukar dipercayai bahawa penyamun sanggup tunggu di jambatan kereta api untuk menyamun telefon penumpang. Kejadian yang sangat pantas itu tidak dapat dilihat dengan kelajuan video biasa, anda dapat melihat penyamun ala-ala spiderman itu dalam bentuk slow motion.
Rata-rata netizen menyifatkan penyamun tersebut seperti spiderman
@liputan7official