"Wanita tersebut akui masih sayangkan suami pertama dan juga sayang suami kedua, rahsiakan perkahwinan kedua. Wanita sekeluarga dihalau penduduk kampung, pakaian semua dibakar"
Tular di sosial media video pengusiran seorang wanita yang bersuami dua oleh penduduk kampung amat mengejutkan warganet.
Wanita yang bernama Mawar(28 tahun) menikah bersama suami pertama secara sah mengikut perundangan negara kemudian menikah kali kedua secara diam-diam mengundang padah apabila pernikahannya itu diketahui penduduk kampung.
Sejurus heboh diketahui penduduk kampung, wanita itu dihalau serta pakaianya turut dibakar akibat kemarahan penduduk. Namun tiada sebarang seragan fizikal atau kecederaan dilaporkan hanya mengeluarkan kata-kata kesat seperti caci maki dan hinaan terhadap wanita tersebut.
Menurut ketua kampung Aep Ibing(69 tahun) status wanita itu masih sah istri kepada suami pertamanya yang berusia 49 tahun dan secara diam-diam menikah dengan lelaki lain berusia 32 tahun dari kampung yang berbeza.
Pernikahan kedua itu terbongkar apabila keluarga suami pertamanya mengetahui hebahan perkahwinannya dari kampung suami keduanya.
Sejurus hal itu diketahui suami pertamanya, suami pertama melafazkan cerai talak tiga kepada Mawar. Penduduk kampung bersimpati dengan nasib suami pertama Mawar.
Ketika ditanya wanita itu memberitahu bahawa di masih sayang kepada suami pertamanya dan juga sayang suami keduanya. Berang mendengarkan jawapan itu, Mawar dan seluruh keluarganya dihalau kerana mereka dianggap membawa sial kepada kampung.
Proses pernikahan lebih dari satu suami adalah poliandri dan diamalkan di beberapa buah daerah kecil dari beberapa buah negara seperti Himalaya,India Utara,Tibet,Eskimo dan beberapa Indian Amerika Utara.
Biasanya kita hanya mendengar poligami iaitu suami beristri lebih dari satu dan poliandri pula sebaliknya iaitu istri mempunyai lebih dari satu. Namun Islam tidak pernah ajar umatnya mengamalkan poliandri atau wanita menikah lebih dari satu suami.
@liputan7official