Warga emas hilang ditemui maut dalam parit
“Pemeriksaan mendapati seorang wanita berada di dalam parit dan sudah meninggal dunia.
SABAK BERNAM – Kehilangan seorang wanita warga emas lebih 30 jam terungkai apabila mayatnya ditemui dalam sebuah parit di Kampung Tebuk Berihun di sini, hari ini.
Mayat mangsa berusia 76 tahun itu ditemui orang awam kira-kira 200 meter dari kediamannya. Difahamkan mangsa hilang sejak pukul 12 tengah malam semalam.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan enam anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.11 pagi.
“Pemeriksaan mendapati seorang wanita berada di dalam parit dan sudah meninggal dunia.
“Anggota kita kemudian mengangkat dan menaikkan mayat yang berpakaian lengkap itu ke kawasan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Norazam, operasi itu digerakkan selepas menerima maklumat polis mengenai kehilangan mangsa sejak semalam.
“Mayat wanita itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,”k atanya.
@liputan7official