34 motosikal terbakar disyaki berunsur khianat


34 motosikal terbakar disyaki berunsur khianat

"Pihak polis menerima panggilan kejadian pada jam 2.21 pagi daripada seorang wanita tempatan memaklumkan berlaku kebakaran membabitkan motosikal."

KUALA LUMPUR - Kebakaran yang memusnahkan 34 buah motosikal di kawasan parkir di Blok G, Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibbah, Bukit Jalil di sini pada Rabu, disyaki berunsur khianat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

"Kita sedang mengesan suspek yang melakukan perbuatan khianat ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Muhammad Idzam berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 2.21 pagi daripada seorang wanita tempatan memaklumkan berlaku kebakaran membabitkan motosikal.

"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. PIhak polis dengan bantuan Forensik Bomba dari Balai Bomba Sri Rampai telah menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran tersebut," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden kebakaran itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhamad Firdaus Eber ditalian 014-364 9458, Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE