Polis cari penunggang motosikal khayal disyaki hidu gam

Polis cari penunggang motosikal khayal disyaki hidu gam

Lelaki itu menunggang motosikal seorang diri di lorong tengah lebuh raya dan dipercayai dalam keadaan khayal.


SEREMBAN - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai dalam keadaan khayal di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan susulan tular video berkenaan di Facebook pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, menerusi video berdurasi 40 saat itu, lelaki terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

"Lelaki itu menunggang motosikal seorang diri di lorong tengah lebuh raya dan dipercayai dalam keadaan khayal.

"Dalam rakaman tersebut suspek turut dilihat tidak memakai topi keledar dan tangan kirinya memegang bungkusan plastik sambil menghidunya dipercayai gam," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, sehingga kini polis sedang giat mengesan suspek.

"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta salurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222 untuk tindakan lanjut," katanya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE