Sayang menantu kalah anak sendiri! Wanita ini selesa tinggal sebumbung, hari-hari mentua masak bekal siap pakej hantar pergi kerja


Sayang menantu kalah anak sendiri! Wanita ini selesa tinggal sebumbung, hari-hari mentua masak bekal siap pakej hantar pergi kerja

REZEKI daripada Allah sememangnya datang dalam pelbagai bentuk dan cara yang tidak pernah kita duga.

Bagi kaum Hawa, selain dianugerahkan zuriat, salah satu rezeki yang paling diidam-idamkan mereka sudah tentunya dikurniakan keluarga mentua yang baik.

Begitu juga dengan wanita bernama Nor Atiqah Amira Mohd Daud ini yang bertuah kerana dianugerahkan sebuah keluarga mentua yang melayannya seperti anak kandung.

wanita yang senang disapa Ika berkata, dia menetap bersama ibu dan bapa mentuanya sejak mula berkahwin, tiga tahun lalu.

"Sekarang ini saya dan suami menetap di rumah mentua yang terletak di Gelugor, Pulau Pinang. Rumah ibu bapa saya di Batu Uban, pun tak jauh dari rumah mentua.

"Sebenarnya masa awal berkahwin, sama seperti pasangan lain, saya dan suami memang rancang nak pindah dan duduk berasingan daripada ibu bapa.

"Tapi mummy dan papa minta kami duduk dengan mereka sahaja. Lagipun mereka tinggal berdua kerana adik beradik lain dah berumah tangga. Mereka kata, rumah besar-besar tak ada siapa pula nak duduk.

"Saya dan suami sama-sama anak bongsu pula. Sebelum kahwin selalu dengar ada yang nasihat, kalau boleh duduk asing. Tapi bagi saya, tak apalah, cuba dahulu. Selebihnya saya berserah. Diam tak diam, dah tiga tahun duduk sebumbung dengan mentua," cerita wanita berusia 25 tahun ini.




Menurut Ika, selepas masuk ke dalam keluarga mentua, dia sama sekali tidak menyangka menerima layanan yang sangat baik tidak hingga terjangka dek fikirannya.

"Papa dan mummy memang jaga saya macam anak sendiri. Saya bekerja di sebuah kedai aksesori di pusat beli belah di Queensbay. Setiap hari papa yang akan hantar pergi kerja.

"Jarak rumah dengan tempat kerja hanya 10 minit. Apabila waktu tengah hari, mummy akan masak dan papa hantarkan lauk. Tibanya waktu pulang, saya akan dijemput suami atau mummy.

"Setiap kali balik kerja malam, mummy dan papa mesti tunggu. Sembang sekejap pun jadilah asalkan tengok saya selamat sampai.

"Apabila waktu cuti, saya berniaga kuih tepung pelita. Mummy dan papalah rajin tolong sediakan bahan-bahan. Mummy juga akan masakkan lauk kegemaran," kata anak bongsu daripada empat beradik ini.

Kata Ika layanan yang sama turut diterima daripada dua orang kakak iparnya.

"Sebelum kahwin, saya selalu juga keluar dengan kakak-kakak ipar, sampailah sekarang. Kalau saya tak dapat keluar sama, ada saja mereka belikan sesuatu. Pendek kata, saya macam adik mereka," ujarnya yang bersuamikan seorang kontraktor.

Sungguhpun diterima dan dilayan persis ahli keluarga kandung, namun Ika berkata perkara tersebut bukanlah tiket untuk mereka yang bergelar menantu mengambil kesempatan.

"Daripada mula masuk dalam keluarga mentua, saya ingatkan diri untuk jaga adab. Keduanya, kena pandai jaga hati terutama orang tua.

"Ketiga, letakkan effort untuk ambil hati mereka seperti belikan atau masakkan makanan kegemaran mereka. Keempat, jangan masuk campur jika ada masalah dalam keluarga.

"Kelima, jujur dengan mak mentua. Saya sendiri mengaku tak pandai memasak. Tapi dalam masa sama, saya letakkan effort untuk belajar memasak.

"Disebabkan banyak masa habis di tempat kerja, jadi kalau waktu cuti, saya akan bawa mummy serta ibu berjalan-jalan," ujarnya lagi.

Bercerita lebih lanjut, Ika berkata dia dan suami tiada perancangan untuk berpindah buat masa ini dan mahu terus menetap bersama keluarga mentua.

"Buat masa ini tak terfikir lagi nak pindah... tak ada sebab nak pindah. Lagipun mummy dan papa sudah 70an. Walaupun masih kuat, namun kami nak luangkan lebih banyak masa bersama mereka, boleh tengok kalau sakit demam.

"Dulu sewaktu saya keguguran dua kali, mummy tak henti-henti datang tanya khabar sebab saya berpantang di rumah ibu. Giliran saya pula jaga mereka. Allah belum beri rezeki zuriat, Dia bagi rezeki mentua yang baik dahulu," katanya.

Tidak menyangka videonya di aplikasi TikTok meraih sehingga melebihi 100,000 jumlah tontonan, Ika berkata dia begitu terharu membaca komen netizen.

"Saya buat TikTok ni kerana ada kaitan dengan kerja. Saja upload video dihantar papa ke tempat kerja.




"Alhamdulillah, semuanya komen positif. Namun saya tersentuh apabila baca komen, dia kata tak pernah rasa kasih sayang daripada keluarga pun sebab datang dari broken family.

"Moga-moga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberi manfaat buat orang di luar sana," katanya lagi.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE