Thailand kenakan cukai pelancongan RM 36.47 tanpa pengecualian

Thailand kenakan cukai pelancongan RM 36.47 tanpa pengecualian

"Namun, yuran pelancongan itu tidak akan dilaksanakan ke atas para diplomat dan ekspatriat..."

BANGKOK - Kerajaan Thailand dijangka melaksanakan yuran pelancongan kepada semua pelancong asing yang memasuki negara itu melalui pengangkutan udara, lapor akhbar Bangkok Post pada Jumaat.

Penolong Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan dan Sukan negara itu, Mongko Wimonrat berkata, kaedah dan sistem kutipan bagi pelancong asing yang tiba melalui udara kini sedia untuk dilancarkan.

Bagaimanapun, katanya, pihak kementerian perlu menjalankan kajian lanjut mengenai kemasukan pelancong asing yang menggunakan laluan darat dan laut untuk memasuki Thailand.

Ini bermakna program itu akan dimulakan apabila semua pelabuhan dilengkapi dengan kaedah kutipan yang boleh dilaksanakan.

Namun, yuran pelancongan itu tidak akan dilaksanakan ke atas para diplomat dan ekspatriat di Thailand.

Yuran pelancongan sebanyak 300 baht ( RM36.47) yang dirancang itu dijangka dikenakan kepada semua pelancong asing tanpa pengecualian.

Ia dibuat sebagai perlindungan insurans yang melindungi pelancong asing sehingga 500,000 baht (RM60,789) setiap orang sekiranya berlaku kemalangan. - Agensi


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE