Guru musnahkan alat solek pelajar perempuan di sebuah sekolah pondok
"Alat solek seperti gincu dan pelembab bibir dihancurkan dengan penukul besi di hadapan para pelajar"
Tular satu video di sosial media hari ini memaparkan seorang guru di sebuah sekolah pondok memusnahkan beberapa alat solek seperti gincu dan pelembab bibir dengan penukul besi.
Biasanya kita hanya mendengar telefon pintar tidak dibenarkan di bawa ke sekolah pondok. Namun ada sekolah pondok yang tidak membenarkan pelajarnya membawa alat solek ke sekolah.
Larangan-larangan seperti ini sudah menjadi kelaziman di sekolah-sekolah pondok di negara seberang kerana mahu mendisiplinkan pelajar supaya lebih fokus kepada ilmu akhirat daripada kelazatan dunia yang sementara.
Namun, masih ada yang melanggar larangan-larangan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah pondok.
Difahamkan alat-alat solek itu dirampas oleh guru-guru mereka sebelum dikumpulkan dan dihancurkan di hadapan pelajar-pelajar sebagai pengajaran.- Agensi
@liputan7official