Heboh berita dari negara seberang mengenai cubaan membunuh seorang wanita bersama anaknya yang ketika itu baru pulang dari sekolah.
Kejadian berlaku di hadapan rumahnya apabila istrinya ditembak pada jarak dekat sebanyak dua kali namun terselamat kerana tidak mengenai pada bahagian organ penting.
Kesan tembakkan tersebut mengakibatkan wanita itu cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
Suaminya yang berkhidmat sebagai tentera Indonesia tergamak mengupah 4 orang lelaki sebanyak RM 35 Ribu untuk membunuh isterinya sendiri kerana mahu menikah dengan kekasih baru.
Dengan bantuan rakaman CCTV pihak polis berjaya menjejaki ke empat-empat suspek dan disoalsiasat dengan rapi.
Setelah disoal siasat, akhirnya terbongkar bahawa dalang utama rancangan pembunuhan itu adalah suami mangsa sendiri. Suaminya mahu mereka tembak kepala istrinya ketika ada peluang.
Satu daripada 4 suspek tersebut ada memberitahu bahawa tuan mereka mahu menikah dengan kekasih barunya dan dia minta mereka untuk membunuh isterinya supaya tiada halangan.
Kemudian kekasih suspek utama telah ditahan untuk membantu siasatan dan kekasih suspek memberitahu bahawa suspek mengajaknya lari setelah kejadian tembakan itu berlaku namun ditolak kerana wanita itu tidak mahu terlibat dan tidak pernah meminta suspek melakukan pembunuhan tersebut.
Siasatan yang mendalam akhirnya terdapat seorang lagi suspek yang terlibat iaitu seorang lelaki yang membekalkan senjata api. Suspek menjual senjata api RM 900 setip satu.
Setakat ini suspek utama masih menjadi buruan polis kerana dipercayai telah melarikan diri sebaik sahaja berita penangkapan keempat-empat suspek tersebut.
@liputan7official