Bekas Imam Masjidil Haram dihukum penjara 10 tahun kerana kritik konsert yang diadakan di Arab
"Mahkamah rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan Sheikh Saleh Mohammed al-Talib sekali gus menyaksikan hukuman penjara terhadapnya dikekalkan."
Mahkamah rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan Sheikh Saleh Mohammed al-Talib sekali gus menyaksikan hukuman penjara terhadapnya dikekalkan.
Sheikh Saleh ditahan pada 2018 selepas menyampaikan khutbah yang mengecam konsert dan acara keramaian yang menyimpang daripada ajaran agama dan budaya Arab Saudi.
Kumpulan Hak Asasi berpangkalan di Amerika Sysrikat, Democracy for The Arab World Now (Dawn) mendedahkan Sheikh Saleh ditahan tanpa sebarang alasan selepas menyampaikan khutbah tersebut empat tahun lalu. - Agensi
@liputan7official