Ibu kandung seludup dadah ke penjara untuk anaknya yang merupakan banduan di situ kantoi dengan warden penjara, dadah seberat 5 gram disumbat ke dalam leher ayam
Seorang ibu ditahan polis apabila usahanya menyeludup masuk dadah ke penjara untuk anaknya yang merupakan banduan di penjara Madiun terbongkar.
Untuk pengetahuan, penjara di Indonesia pihak keluarga boleh membawa makanan yang dimasak dari rumah untuk banduan semasa sesi perjumpaan dengan keluarga.
Ibu ini membawa satu sup soto yang mengandungi 3 kepala ayam untuk diberikan kepada anaknya yang merupakan banduan di penjara tersebut.
Namun, usaha ibu ini hendak seludup dadah masuk ke penjara mengundang padah apabila seorang warden penjara memeriksa semua barangan termasuk makanan yang dibawanya.
Warden mulai curiga apabila saiz leher ayam didapati lebih besar daripada saiz normal. Warden bertindak dengan mengunting leher ayam tersebut dan menjumpai 3 bungkusan plastik hitam.
Dalam kandungan plastik hitam itu mengandungi dadah seberat 5 gram lebih. Ibu tersebut ditahan serta merta untuk membantu siasatan.
Hasil siasatan yang dijalankan, motif ibu itu adalah mahu seludup masuk dadah seberat 5 gram kepada anaknya yang merupakan banduan di penjara tersebut.
Pihak penjara menyerahkan kes tersebut sepenuhnya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Agensi
@liputan7official