VIDEO - Demi sebuah konten, kesucian Masjid sanggup dicemari...

Sekumpulan pelajar terkinja-kinja berjoget dan menyanyi dalam Masjid untuk konten Tiktok dikecam warganet

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan beberapa orang remaja yang merupakan mahasiswa-mahasiswi terkinja-kinja berjoget dalam masjid dipercayai untuk dijadikan sebagai konten tiktok mengundang kemarahan warganet.

Kejadian berlaku di Masjid Universiti Islam Negeri Kiai Haji Achmad Sidiq (UIN KHAS) Jember ketika mahasiswa-mahasiswi selesai melakukan program ceramah motivasi sambil menunggu bas untuk menjemput mereka pulang. 

Menurut Dekan di UIN, mahasiswa-mahasiswi ketika itu menghadiri satu program ceramah motivasi, memandangkan jumlah pelajar terlalu ramai mereka menempatkan para pelajar itu kepada 5 tempat sementara menunggu bas menjemput mereka pulang. 

Satu kumpulan pelajar yang ditempatkan di Masjid Universiti berkenaan bertindak melakukan aktiviti tidak wajar dengan berjoget dan menyanyi lagu "Ojo 
Dibandingke" di dalam Masjid untuk dijadikan sebagai konten tiktok mereka.

Setelah video berkenaan tulat di media sosial, rata-rata netizen terutama umat Islam meluahkan rasa marah apabila kesucian Masjid diperlakukan seperti itu. 

Video berkenaan tular hingga sampai kepada dekan Universiti Islam Negeri(UIN) dan pihak pengurusan telah menyemak dan mengesahkan kejadian yang memalukan itu.




Pihak universiti akan mengambil tindakan tegas terhadap mahasiswa-mahasiswi yang terlibat atas tindakan tidak senonoh di dalam Masjid. - Agensi

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE