VIDEO - Wanita dakwa dihalau dari Masjid kerana tidak memakai tudung adalah fitnah




Wanita dakwa dihalau dari Masjid kerana tidak memakai tudung adalah fitnah

"Dakwaan wanita tersebut adalah fitnah, dia ditegur salah seorang jemaah masjid yang baru selesai menunaikan solat supaya menutup aurat (pakai tudung) bagi menghormati kesucian masjid bukan dihalau dan jemaah tersebut bukanlah ahli pihak pengurusan masjid" - pihak pengurusan


Tular satu video di media sosial hari ini seorang wanita yang memuat naik video meluahkan rasa kesalnya kerana mendakwa dia dihalau oleh pihak pengurusan masjid di Masjid At Thohir.

Menurut wanita tersebut dia hanya mahu menghantar suaminya masuk solat di masjid tersebut namun dihalau oleh pihak pengurusan masjid kerana tidak memakai tudung. Dia berasa kecewa kerana sudah berpakaian sopan dan longgar namun tidak dibenarkan masuk masjid.

Video luahan wanita itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon daripada netizen hingga sampai berita berkenaan kepada pihak pengurusan Masjid At Thohir. 

Pihak pengurusan masjid menyemak semula rakaman CCTV dan terbukti bahawa apa yang didakwa wanita itu adalah fitnah semata. Tidak ada sebarang pengurusiran yang dilakukan oleh pihak masjid terhadap wanita itu. 

Difahamkan seorang jemaah masjid yang baru selesai menunaikan solat menegurnya supaya menutup aurat(pakai tudung) bagi menghormati masjid. Jemaah tersebut bukanlah ahli pihak pengurusan masjid dan jemaah tersebut hanya menegur bukan halau. 

Setelah video rakaman CCTV Masjid At Thohir yang menerangkan segalanya tular, wanita berkenaan teruk dikecam dan dituntut untuk meminta maaf kerana sudah memfitnah masjid. 





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE