Ibu kandung pukul, pijak perut dan cekik anak sendiri kerana sakit hati kepada suami
"Suspek bertindak agresif memukul anak kandungnya sendiri dengan menampar, pijak perut dan cekik sambil merakam video untuk dihantar kepada suaminya yang didakwa mengabaikan nafkah zahir dan batin."
Seorang ibu kandung tergamak membelasah anak kandungnya sendiri hanya kerana marah terhadap suaminya yang tidak pernah memberinya nafkah zahir dan batin.
Kejadian mengejutkan itu berlaku di Kabupaten Lampung Utara, Provinsi Lampung semasa suspek bersama anaknya yang berusia 1 tahun di dalam bilik tidur.
Suspek bertindak agresif memukul anak kandungnya sendiri dengan menampar, pijak perut dan cekik sambil merakam video untuk dihantar kepada suaminya didakwa mengabaikan nafkah zahir dan batin
Suaminya bertindak mengupload video tersebut ke media sosial hingga tular. Rata-rata netizen mengecam perbuatan ibu yang berusia 24 tahun itu kerana terlalu melampau.
Ada yang mendakwa wanita itu berkemungkinan mengalami depresi atau meroyan yang menyebabkannya bertindak demikian.
Tidak lama selepas video itu tular, polis berjaya menahan wanita terbabit dan hasil soal siasat melaporkan bahawa motif wanita itu pukul anak kandungnya sendiri adalah kerana sakit hati terhadap suaminya yang tidak memberi nafkah zahir dan batin kepadanya.
Bayi tersebut telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami cedera parah pada bahagian muka,leher, perut dan dada. Selain ditampar, bayi tersebut turut dipijak dan dicekik oleh ibunya sendiri.
Allahuakbar...
@liputan7official