Pemakaian pelitup muka dalam bangunan atas pilihan sendiri, peniaga pelitup muka mulai susah hati

Pemakaian pelitup muka dalam bangunan atas pilihan sendiri, peniaga pelitup muka mulai susah hati

"Selain itu orang ramai amat digalakkan memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan." - KJ

PUTRAJAYA - Pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan berkuat kuasa serta-merta., kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, keputusan dibuat berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa.


"Bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.

"Selain itu orang ramai amat digalakkan memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan.

Sehubungan dengan itu, peniaga-peniaga pelitup muka mulai terasa risau kerana penjualan mereka mungkin akan turun secara drastik kerana permintaan terhadap pelitup muka di pasaran akan menurun.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE