VIDEO - Bekas penghuni madrasah dakwa didera ala militan

Bekas penghuni madrasah dakwa didera ala militan

"Dikurung dalam bilik gelap, didera secara fizikal, diseksa secara mental dan menerima gangguan seksual. Itu dakwaan bekas penghuni sebuah madrasah"

Petaling Jaya: Dikurung dalam bilik gelap, didera secara fizikal, diseksa secara mental dan menerima gangguan seksual. Itu dakwaan bekas penghuni sebuah madrasah di Jalan Kebun, Shah Alam yang didakwa terbabit isu dera ala 'militan' di madrasah terbabit.

Bekas penghuni yang mahu dikenali sebagai Hariz, 20 berkata, dia mula masuk ke madrasah terbabit pada April lalu untuk menjalani rawatan kerana mengalami gangguan.

Pada mulanya memang terdapat ilmu agama yang diterapkan kepada penghuni di sini, solat berjemaah dan zikir adalah wajib.


"Namun tidak lama kemudian pihak madrasah sudah bertindak kasar, ia berlaku tanpa sebab, saya diletakkan di sebuah bilik seperti penjara.


"Di dalam bilik itu saya dipukul, diberi minum air tembakau dan diganggu secara seksual oleh penghuni dan pengurusan madrasah," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak madrasah juga mewajibkan penghuni untuk berselawat ke atas Syeikh Abdul Kadir Jailani pada setiap malam.

"Dari segi tidur memang kami tidur pada jam 3 atau 4 pagi kerana perlu berzikir terlebih dahulu.

"Namun akhirnya saya dikeluarkan selepas ibu membawa saya keluar kerana mengesyaki sesuatu," katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Kebajikan Darussolihin menafikan dakwaan bahawa madrasah Darussolihin yang ditubuhkan bawah badan bukan kerajaan (NGO) itu, melaksanakan penderaan ala militan kepada pelajarnya.

NGO berkenaan menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya menafikan dakwaan bahawa madrasah yang terletak di Jalan Kebun Tambahan, Seksyen 30 di sini, menyokong aktiviti militan.

Menurut kenyataan itu selain menekankan ilmu agama, madrasah yang ditubuhkan sejak 2007 antaranya melaksanakan program pemulihan dan perlindungan, terhadap individu yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta masalah sosial.

"Guru yang mengajar kelas agama adalah guru yang bertauliah di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), jadi tiada isu mengamalkan ajaran sesat.

"Darussolihin masih dalam proses untuk berdaftar dengan bahagian pemulihan Ar-Riqab dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Usaha permohonan mendaftar telah bermula tahun 2017," katanya.

Dalam pada itu, Polis Selangor membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan bekas penghuni sebuah madrasah di Jalan Kebun yang didera ala militan sepanjang empat bulan menerima rawatan.




Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan siasatan masih dijalankan.

"Saya mengesahkan menerima satu laporan berhubung perkara itu, siasatan masih dijalankan," katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE