VIDEO - Hempap rakan sekerja hingga maut, suspek dakwa dia dirasuk Chucky


Lelaki maut dihempap tong gas beberapa kali oleh rakan sekerja

"Saya tidak sedar ketika itu, saya dirasuk Chucky..." - suspek


Seorang lelaki bernama Abraham Lucano Huarcaya maut dibunuh rakan sekerja bernama Rafael Vilcatoma Arone.

Dalam satu rakaman CCTV ditempat kejadian, kelihatan suspek dan mangsa sedang melakukan kerja pemeriksaan tong-tong gas di sebuah gudang mereka bekerja. 

Tidak lama kemudian, suspek bertindak mengangkat tong gas dan menghempap kepala rakan kerjanya yang sedang membongkok memeriksa tong gas menyebabkan mangsa rebah. 

Suspek terus bertindak agresif dengan menghempap kepala suspek berkali-kali hingga maut di tempat kejadian. 

Suspek segera melarikan diri selepas pembunuhan. Namun suspek berjaya diberkas pihak polis tidak lama kemudian. 

Hasil soal siasat, suspek mendakwa bahawa dia dirasuk semangat Chucky ketika itu membuatkan dia hilang kesedaran dan bertindak di luar batas.

"Saya tidak sedar ketika itu, saya dirasuk Chucky..."

"Chucky tidak menjawab saya, Chucky tidak datang..." tambahnya

Pihak berkuasa mulai curiga dengan kenyataan seperti ini dan tidak menolak kemungkinan bahawa lelaki ini ada penyakit jiwa. 




Suspek akan dirujuk kepada pakar psikiatri bagi diognosis kesihatan mental suspek. Suspek boleh dijatuhi hukuman mati jika sabit kesalahan kerana membunuh. - Agensi



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE