Keganasan rumah tangga punca isteri polis curang dengan anak ketua kampung
"Saya pernah dimaki, ditendang dan kedua tangan saya digari seperti banduan oleh suami saya. Keharmonian rumah tangga kami sudah tidak ada membuatkan saya memilih untuk mencari cinta yang baru"
Laporan media sebelum ini mendedahkan tindakan seorang suami berjaya menangkap isteri dan pasangannya di bilik sebuah hotel yang didakwa telah berzina tular di media sosial.
Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita tersebut kerana tergamak menikam belakang suaminya sendiri dengan memilih jalan untuk berzina dengan lelaki lain.
Hari ini wanita tersebut tampil menjelaskan punca sebenar dia mengkhianati suaminya. Wanita itu mendakwa rumah tangga mereka sudah lama tidak bahagia dan sering menjadi mangsa keganasan suaminya.
Menurut keterangan si isteri, suaminya pernah memukulnya berkali-kali dengan menendang, sepak dan mengari kedua tangannya seperti banduan.
"Sejak sebelum pernikahan lagi saya sudah perasan beberapa tanda tiada keharmonian daripada keluarga mertua seperti duit sumbangan orang ramai ketika hari majlis perkahwinan dibolot semua oleh keluarga sebelah suami"
"Selepas hamil 4 bulan, saya sudah merasakan kekerasan dan keganasan suami terhadap saya, sering dipukul, dimaki dan pernah tangan saya digari seperti banduan"
"Sebelum ni pun saya sudah membuat laporan polis mengenai keganasan suami terhadap saya namun ianya berakhir dengan cara pendamaian"
Kerana terlalu sering diperlakukan seperti itu, si isteri mengambil keputusan untuk mencari cinta yang baru. Hubungannya dengan anak ketua kampung terjalin setiap kali suaminya keluar bekerja sehinggalah kejadian dia dan pasangannya ditangkap di sebuah bilik hotel oleh suaminya sendiri.
Wanita itu sekarang telah dikembalikan dengan baik kepada keluarganya.
@liputan7official