Anwar ucap terima kasih, bekalan telur cukup di pasaran

Anwar ucap terima kasih, bekalan telur cukup di pasaran

"Apa yang menjadi masalah kini adalah harga barang dan kos sara hidup. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak industri, nampaknya sudah menyediakan telur ayam di pasaran dengan mencukupi"

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada pihak industri yang berjaya menyediakan bekalan telur yang mencukupi di pasaran.

Menurutnya, bekalan telur kembali banyak sejak beberapa hari lalu dan akan ditambah untuk memenuhi keperluan rakyat.


"Apa yang menjadi masalah kini adalah harga barang dan kos sara hidup. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak industri, nampaknya sudah menyediakan telur ayam di pasaran dengan mencukupi.

"Mengikut keterangan, hal ini (bekalan) akan ditambah dalam masa singkat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Pejabat Perdana Menteri di sini pada Ahad

Kesukaran mendapatkan bekalan telur berlaku sejak Oktober lalu di beberapa kawasan di seluruh negara.

Isu itu menjadi tumpuan apabila orang ramai merungut sukar mendapatkan bekalan telur di pasar raya dan kedai runcit kerana terhad.

Bagaimanapun, ramai kalangan netizen mula berkongsi kegembiraan di media sosial apabila mendapati lambakan telur di pasar raya sejak Anwar dilantik menjadi perdana menteri.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE