PM guna kenderaan sedia ada, tolak Mercedes S600

PM guna kenderaan sedia ada, tolak Mercedes S600 elak pembaziran

"Langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau"



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian dan menolak kenderaan jenis Mercedes S600.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.



"Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600, yang telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat,” katanya.

Anwar, 75, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Khamis, sebelum ini mengumumkan untuk mengurangkan pembaziran dalam pentadbirannya. - Bernama

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE