VIDEO - Cubaan kerja di Hospital...


‘Hantu pesakit’ berjalan menembusi pintu hospital selepas meninggal dunia

"Pengawal keselamatan bukan sahaja membenarkan wanita tua itu masuk, malah dia dilihat berbual dengannya dan menawarkan kerusi roda. Wanita itu bagaimanapun dikatakan menolak dan masuk ke pejabat doktor dengan berjalan"


BUENOS AIRES – Kakitangan sebuah hospital di Argentina terkejut dan mendakwa melihat seorang pesakit berjalan melalui pintu hadapan bangunan selepas dia disahkan meninggal dunia sehari sebelumnya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.36 pagi (waktu tempatan) pada 11 November lalu. Ia menakutkan kakitangan di Hospital Finochietto Sanatorium di Buenos Aires, Argentina. 

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), seorang pengawal keselamatan dilihat mengalu-alukan seorang pesakit wanita tua dan membawanya ke pejabat doktor untuk janji temu.

Pengawal keselamatan bukan sahaja membenarkan wanita tua itu masuk, malah dia dilihat berbual dengannya dan menawarkan kerusi roda. Wanita itu bagaimanapun dikatakan menolak dan masuk ke pejabat doktor dengan berjalan.

Beberapa jam selepas menyapa pesakit itu, penyambut tetamu bangun untuk memeriksa ke mana wanita itu pergi. Doktor bagaimanapun berkata, pesakit dengan butiran peribadi itu telah meninggal dunia pada hari sebelumnya.

Imej kejadian yang dikongsikan di media sosial membuatkan ramai pengguna turut ketakutan. Beberapa komen mencadangkan ia adalah hantu pesakit itu yang telah meninggal dunia.




Kejadian itu masih dalam siasatan pihak hospital. – Agensi

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE