Cabut lari tinggal 850 kg minyak masak dalam kereta

Cabut lari tinggal 850 kg minyak masak dalam kereta

“Anggota bertugas menjalankan pemeriksaan di dalam kereta itu sebelum menemui sebanyak 850 kg minyak peket yang bernilai RM2,125,” katanya

PASIR MAS – Cubaan seorang lelaki menyeludup sebanyak 850 kilogram (kg) minyak masak peket ke Thailand gagal apabila kegiatannya dikesan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Kelantan di Kampung Teliar, Bunut Susu, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 7.30 malam itu, suspek yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback melarikan diri ke dalam kawasan semak apabila kegiatannya dihidu pihak berkuasa.

Pengarah KPDNKSH Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan minyak masak peket selepas menjalankan risikan.

Menurutnya, anggota bertugas mengesan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Kota Bharu menghala ke Tumpat.

“Menyedari kereta dipandunya diekori, suspek terus bertindak melarikan diri ke kawasan semak dengan meninggalkan kereta tersebut.

“Anggota bertugas menjalankan pemeriksaan di dalam kereta itu sebelum menemui sebanyak 850 kg minyak peket yang bernilai RM2,125,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azman, siasatan mendapati, kesemua minyak masak itu berkemungkinan akan diseludup ke negara jiran.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE