Lelaki ‘jerung’ jadikan gadis hamil hamba seks


Lelaki ‘jerung’ jadikan gadis hamil hamba seks

Suspek mengugut mangsa untuk mencabut lehernya dengan barisan giginya yang tajam seperti ikan tersebut jika melawan

Seorang lelaki bergigi runcing seperti jerung disifatkan sebagai ‘raksasa’ oleh polis selepas dia ditangkap kerana mengurung seorang wanita hamil di dalam ...sebuah bilik dan memperlakukan mangsa sebagai hamba seks selama berminggu-minggu, lapor portal berita Daily Star semalam.

Michael Anthony Barajas, 36, didakwa menahan wanita hamil berusia 20 tahun itu di sebuah rumah usang dan dituduh mengugut untuk mencabut lehernya dengan barisan giginya yang tajam seperti ikan tersebut.

Dia ditahan selepas mangsa yang hamil itu menerima rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Hurley di Flint, Michigan, AS pada 8 Disember lalu.

Menurut Chris Swanson dari Pejabat Syerif Daerah Genesee, wanita muda itu yang tidak boleh dinamakan, menyatakan bahawa dia ditahan di rumah tersebut selama tiga minggu selepas didatangi suspek dengan keretanya.

Wanita itu telah diusir dari sebuah kediaman beberapa hari sebelumnya dan Barajas didakwa mengambil kesempatan daripada keperluannya untuk mendapatkan tempat perlindungan dan mandi.

Barajas dikatakan telah menawarkan makanan dan wanita muda yang terdedah itu menerimanya tetapi selepas tiba di rumah usang tersebut, dia dikurung di dalam bilik serta diikat pada sebuah katil. – Agensi


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE