Lelaki rogol dan bvnuh kambing mengandung ditahan
Seorang lelaki ditahan polis atas pertuduhan merogol dan membunuh seekor kambing betina yang
... sedang bunting.
Suspek merupakan seorang pencuci di sebuah hotel dan tinggal di asrama tempat kerja bersama beberapa orang lagi pekerja lain daripada daerah yang berbeza.
Kejadian disedari oleh beberapa rakan sekerjanya yang mendengar bunyi jeritan dari arah luar asrama dan mereka melihat banyak darah mengalir keluar dari kandang kambing tidak jauh dari asrama mereka tinggal.
Selain itu, rakan sekerjanya juga sempat melihatnya sedang melarikan diri dari lokasi kejadian. Perkara itu diadukan kepada majikan hotel kerana bimbang suspek mempunyai masalah mental dan boleh menyerang rakan sekerjanya.
Majikan segera melaporkan perkara itu kepada polis dan hasil siasatan mendapati kambing betina yang sedang bunting itu dirogol sebelum ditikam dengan senjata tajam.
Tidak lama selepas itu suspek berjaya ditahan pihak polis di kediamannya dan polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental.
Rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki itu yang didakwa tidak mempunyai keperimanusiaan dan bersimpati kepada kambing betina yang sedang bunting.
- Agensi
#INDIA
#rogolKambing
#Kerala
#Kasaragod
@liputan7official