Kanak-kanak berlumuran darah menangis di sisi ibunya yang maut dibunuh
Tular satu video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak berlumuran darah menangis di sisi ibunya yang telah meninggal dunia dipercayai dibunuh.
Rakaman video tersebut berlaku di sebuah kampung di Tawau Sabah petang tadi. Punca kejadian masih dalam siasatan.
UPDATE TERKINI : SAH, KES BUNUH
Tawau: Polis mengesahkan video tular memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat seorang wanita dipercayai ibunya adalah kes bunuh dalam kejadian di Kampung Titingan, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, setakat ini belum dapat dipastikan motif atau punca kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat ibunya yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh.
Satu lagi rakaman berdurasi 40 saat yang turut memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa memeluk jasad wanita berkenaan sebelum cuba ditenteramkan oleh orang awam yang berada di lokasi terbabit
@liputan7official