VIDEO - Lelaki OKU dakwa disaman gara-gara letak kereta di ‘parking’ OKU


Lelaki OKU dakwa disaman gara-gara letak kereta di ‘parking’ OKU

“Aku baru tahu, ‘parking’ tempat OKU salah, baru aku tahu. Nak saman, tengok-tengoklah ada ‘sticker’ atau tidak. Kereta ada ‘hand controller’,” katanya 


PETALING JAYA – “Nak saman pun, tengok-tengoklah, main saman saja. Sebesar-besar ‘hand controller’, siap ada nampak ‘sticker’ orang kurang upaya (OKU),” itu luahan seorang lelaki OKU berhubung keretanya didakwa di saman pihak berkuasa tempatan (PBT) dipercayai di Pantai Morib, Kuala Langat.

Video luahan hati lelaki yang menggunakan kerusi roda itu tular menerusi media sosial, malah dia memaklumkan telah disaman RM20 selepas meletakkan kereta di tempat khas OKU.

Dia yang turut meluahkan aduan menggunakan bahasa Jawa mendakwa, sebelum ini belum pernah disaman selepas meletakkan kereta di tempat letak kereta OKU sekali gus pertama kali situasi itu berlaku terhadapnya.

“Aku kena saman sebab letak kereta di ‘parking’ OKU. Bayar sajalah RM20 saja kan, bayar nanti aku ambil resit. Tengok, aku ‘parking’ tempat cantik, bukan ‘parking’ sengit-sengit.

“Aku baru tahu, ‘parking’ tempat OKU salah, baru aku tahu. Nak saman, tengok-tengoklah ada ‘sticker’ atau tidak. Kereta ada ‘hand controller’,” katanya pada video tersebut.

Dalam pada itu, dia berkata, saman RM20 itu boleh dibayarnya selain menyifatkannya tidak mahal.

“Aku bayar sajalah, tak mahalkan RM20. RM20 aku boleh bayar, mahal-mahal aku tak nak. Lain kali janganlah saman, ‘sticker’ macam itu tak nampak. Tak pernah-pernah kena saman di mana-mana, kau datang kau saman pula,” ujarnya.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE