Tiba-tiba mata masuk habuk baca kisah ini
Lelaki hilang anak, isteri parah angkara lori terlebih muatan
PETALING JAYA – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandu suaminya terbalik selepas terlibat kemalangan di laluan Gerik baru-baru ini.
Kejadian tersebut telah meragut nyawa bayi sulung mereka, manakala si isteri mengalami kecederaan parah.Menerusi Kumpulan Facebook, Dashcam Owners Malaysia, lelaki tersebut berkongsi luahannya kerana berang dengan tindakan cuai pemandu lori yang menjadi punca kepada insiden berkenaan.dalam fikirannya ketika ini kerana masih terkejut dengan insiden malang berkenaan.
“Saya harap pihak syarikat logistik kamu boleh memberikan penjelasan tentang kenapa menggunakan jenis ‘truck’ ini untuk membawa barangan muatan ini dan ia telah melebihi paras ketinggian yang selamat.“Disebabkan kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya terbelah, tuga tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera, semua ini boleh membawa banyak kelanjutan. Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam rampas dia dari kami?,” soalnya.
Menurutnya lagi, lori tersebut dipandu melebihi had laju sepatutnya selain membawa muatan secara bertindih dan melebihi paras pintu pagar lori.
Lebih menambah kemarahannya, pemandu lori tersebut telah bertindak melarikan diri dari tempat kejadian namun, berjaya ditahan pihak polis semasa operasi sekatan jalan raya sekitar Jeli, Kelantan.
“Nombor pendaftaran lori itu ialah PJF 9890. Saya harap pemandu lori tersebut dapat balasan dan tindakan undang-undang yang sewajarnya,” kongsinya.
Ikuti juga Laporan menarik di channel telegram Liputan7 hari ini :
Lelaki maut dibunuh pemberontak bersenjatakan parang dan panah
@liputan7official